Baby Besar & Kecil



Aku menghampiri jendela
Sengaja ku biar cahaya pagi
Mengigit-gigit tangan..menzahirkan jalur2 harapan semesta.
Terasa hangat..tapi tidak perit..aku terus belek jari-jemari bermain dengan simfoni cahaya..tersenyum sendiri..kerana Kagum dgn ketaatan sang suria pada aturan Illahi. ..

Mata ini aku pejam serapat mungkin
Mengelus nafas sedalam dalamnya
Untuk nikmati cicipan burung
Pernah dengar tak, org cakap keindahan rasa itu tak semestinya pada fizikal..ini salah satu contoh paling hampir. 
Melodi nya mengusik relung
Jiwa
Menghambat kekalutan yang bersarang di dada..


Mesin basuh sudah berhenti untuk cucian yg pertama..
Disebabkan mesin ini bukan la auto, kebiasaan nya aku akan ganti air bersih bersama soflan lepas cucian pertama.
Kemudian aku bilas lagi dan masukkan ke dalam spin.
Mesin yang aku beli dari Lazada jenama Sharp.
Boleh tahan.  Semoga Sharpie Si Mesin basuh dapat berbakti lebih lama.

Sementara Fatih lena..peluang untuk selesaikan kerja rumah itu menjadi sgt berharga.
Anakanda Fatih, cepat bosan bila bermain.
Jadi, kami tak hidangkan dia lambakan mainan.
Kalau kita tak beri, dia tak pandang pun mainan tu.
Kereta dan worker pemberian tok Miah and Tok Zali pun macam tu.
Tapi yang menarik perhatian anakanda kami ialah, plastik botol, control, buku, , periuk belanga umminya, dan etc.

Keinginananya lebih kepada alatan yang kami guna..bukan khusus alatan mainan.
Bila bonda tunjuk lagu-lagu di You tube pun sama.
10 minit paling lama dia boleh bertahan.
Aku dapat rasakan Anakanda Fatih berjiwa kembara.
Gelangangnya bukan indoor sahaja.

Disebabkan itu juga,  bila terasa jemu anakanda Fatih 
Akan ikut aku ke mana-mana.
Dapur, laundry room, dan paling kritikal, semasa aku nak melabur saham.
Pintu tandas, usahalah berangan untuk ditutup.
Menangis sekuat hati kalau ditutup pintunya.
Aku pasrah dalam keadaan meneran kadang-kadang, masa itu juga dia ajak bermain cak ba tepi pintu..jadi keliru tahu..
Nak berak or nak gelak.
Anak-anak..(geleng kepala).

Hari ini aku berjaya selesaikan tugas lipat baju 
Yang kian mengunung. Ambil masa yang lama sebab, usai lipat sebahagian , anakanda Fatih kembur-kemburkan lipatan.
Baju tu kemudaian dia masukkan semula dalam bakul.
Insan ini sunguh-sungguh mendidik kesabaran aku.

Dalam keluarga kecil yang terbina,
Aku jaga dua baby.
Satu besar satu kecil.
Yang besar tu semestilanya kakanda tercinta.
Bukan tidak tahu mengurus diri,
Mungkin Fitrah lelakiini, dia kurang perihatin untuk berfikir lebih terperinci.

Contohnya, kain lap pinggan dan kain lap tangan.
Lelaki akan pandang asal namanya kain lap yang ada di dapur,
Lap sahaja la.
Kadang-kadang geram..tapi sayang.





Comments

Popular Posts