Koyak




Dalam meniti hari sebagai stay at home mom,
Kepulangan suami adalah sangat dinanti.
Sebelum Sang Suami mencari rezeki, ada kesayuan yang
Berlegar di segenap dada.
Lalu secara tidak langsung Allah sentiasa gerakkan hati untuk berdoa.
Agar Sang suami sentiasa dilindungi dari fitnah dan bahaya.

Cinta ini luar biasa.
Namun harus akur agar ia tidak melebihi cinta pada yang Esa.
Dan, alam berumahtangga tidak la seperti
Dalam drama-drama yang dihidangkan di media.
Bertolak ansur dan kebersamaan dalam
Menyelesaikan tugas sebagai pasangan dan ibu bapa boleh menjadi mencabar dan menduga kesabaran.
Kadang-kadang benda mudah boleh jadi
Serumit-rumitnya.

Namun setiap kali kami melabuhkan mata,
Perselisihan itu mengendur dengan keizinanNya.
Seolah ruang maaf itu sentiasa ada 
Selagi ada cinta.

Banyak kenangan yang tercipta dari  setiap fasa yang kami lalui sebagai ibu bapa baru.
Kelmarin adalah salah satu hari terindah buat kami.
Tatkala anakanda
Dah mula berjinak-jinak untuk
Melangkah dengan lebih banyak, "Prappppp"
Kedengaran bunyi yang mengundang ketawa
galak antara kami.

Fatih terpisat-pisat clueless kerna tidak tahu punca
Kami ketawa.
Besar koyakan seluar tidur ayahanda Fatih semat-mata nk menyambut anakanda
Dari terjatuh.

Besar langkahnya dan besar juga koyakan seluar tersebut.
Maka bertambahlah stok seluar koyak yang bonda Fatih perlu jahit.
Bukan tak mahu beli seluar baru, aku sangat memahami
Rasa pakai seluar yang lama walaupun dah koyak,
Keselesaan memakainya memenuhi kepuasan jiwa.

Bukan suatu masalah untuk menjahit.
Disebalik jahitan ini
Akan ada sulaman rindu
Untuk hari-hari bahagia kami.
Senyuman Sang suami..gelak tawa anakanda
Buat hati bonda terus mencair.
Kehangatan nya meleburkan.
Dan ini juga ujian nikmat yang harus aku tetap jaga.
Semoga bertambah iman keluarga kami dan sentiasa dilindungi
Fitnah dunia.

Untuk anakanda Fatih dan
Sang Suami..
Ummi sayang kamu berdua.





Comments

Popular Posts