Kerana DIA




Berpagi-pagian dengan harapan-harapan yang baru.
Usai solat subuh, aku terus ke dapur menyediakan sarapan dan bekal  untuk Sang suami.
Alhamdulillah, mabuk dah semakin kurang bila masuk ke fasa second trimester.

Cuma pagi tadi ada sedikit rasa berat kepala ni, dan diakhiri dengan muntah angin..
Ya..untuk perjalanan mengandung kali ini perbezaan nya sangat ketara dengan yang pertama.

Letih yang berganda
Emosi pada first trinester seakan angin taufan yang berubah-ubah keliarannya..
Terlalu sensitif bila disentuh..

Jarang muntah bila waktu pagi, tapi mabuk nya sampai seharian.
Makanya, aku jadi jarang ke dapur apatah lagi masak.
Rumah bersepah, dapur tunggang langgang..
Sebiji macam org yang kemurungan.

Stress level aku mencanak naik .
Mungkin aku tidak bersedia sepenuhnya..
Namun sehebat mana kita merancang,
Bila Allah beri,
Maksudnya aku boleh dan mampu menghadapinya.


Ada masa, aku dan suami sama2 keletihan.
Tatkala emosi tidak stabil,
Terlalu mudah kita hamburkan 
Kata2 yang menguris hati.

Jadi,

Untuk memujuk diri dan terus kembali
Menjernihkan hati,
 Aku Pasakkan dalam diri,
Zuriat ini adalah amanah yang paling indah
Untuk aku lahirkan dan meramaikan ummat Islam yg soleh musleh..

Biarlah lelah aku...
Dan nyawa yg bakal dipertaruhkan nanti hanya untuk Allah yang satu..
Hanya untuk Dia..
Dan apabila aku lupa dihargai..
Allah takkan lupa.
Allah sentiasa kira segala jerih yang aku rasa.
Apalah yang nak kita tagihkan dari penghargaan manusia..
Kalau kita sendiri pun lupa untuk menghargai dan mensyukuri nikmat dariNya.








Comments

Popular Posts